Monday, July 6, 2015

Restoran Mohamed Long @ Bertam, Penang

By : Chha


Kepada semua yang sedang mencari makanan cina HALAL, kami sudah jumpa satu tempat untuk anda! haha .. Tak pernah tahu bagaimana rupa sup sirip ikan yu ? atau mungkin tak tahu bagaimana rasa dim sum yang terkenal di khalangan orang cina ? Restoran Mohamed Long di Bertam Perdana menyediakan pelbagai makanan muslim cina.


Semua benda di sini dilakukan dalam gaya cina. Tempat duduk dan meja bulat untuk 10 orang, kain merah di atas meja, perkakas makan dan juga makanan yang sama seperti apa yang didapati di restoran cina, satu-satunya yang berbeza adalah, makanan di sini HALAL.


Restoran Mohamed Long adalah sebuah restoran yang bangunannya dua tingkat dengan tempat banyak tempat duduk di tingkat atas.





Hiasan dalaman Restoran Mohamed Long ni biasa je, tak ada apa apa yang unik, tapi boleh lah .. selesa duduk makan kat sini.


Mereka juga menyediakan surau untuk rakan-rakan Islam untuk melakukan solat tetapi surau kat Restoran Mohamed Long agak kecil. Kami tidak masuk untuk tengaok surau tu tetapi kawan bagi tau cuma 1-2 orang je boleh masuk serentak. Tapi biar kecial, kalau ada surau dah senang untuk pelanggan mereka solat, tak perlu keluar ke tempat lain untuk nak solat.

Date Palm

Ayam Lemon RM13.00

Ayam Lemon ni rasanya ok tetapi saya rasa lemon ni masam sikit.


Shark Fin Soup RM25.00

Yang ini pula sup sirip ikan yu yang terkenal. Sup sirip ikan yu ini banyak dan di masukkan dalam mangkuk yang besar sampai boleh dikongsi oleh 4 orang. Bagi mereka yang tidak pernah mencuba sup sirip ikan yu cina sebelum ni boleh lah mai Restoran Mohamed Long untuk cuba.

Ayam Thai RM13.00

Hidangan Ayam Thai tidak begitu pedas dan rasa sos thai kat atas ayam tu sedap. Tapi kena hati-hati lah, jangan kena cili hijau kecil tu pula, sekali gigit, habis pedas dalam mulut berjam-jam, hahaha!



Ok, di sini datang bahagian yang agak pening sikit. Untuk membezakan antara Nasi 'Koh Boh' Ayam RM6.00 dan Nasi 'Kam Heong' Ayam RM6.00, haha, kerana kedua-duanya kelihatan sama !! Dari segi rasa pun, kedua-duanya sama-sama rasa sedap, jadi tidak kisah lah yang mana satu yang anda nak makan ! hantam je .. hehe ..!

Sotong Butter RM21.00

Sotong Butter ni besar betul. Kalau cuma nak makan sepinggan macam ni pun boleh kenyang, haha! Ia adalah sotong dimasak dengan mentega dan yang kuning di atasnya rasa seperti kuning telur. Rasa Sotong Butter ini biasa je tetapi tepung tu banyak sikit, macam makan tepung lebih banyang daripada sotong tu, haha.


 Claypot Yee Mee RM5.50

Bila kita tengok Claypot Yee Mee ni nampak macam tak menarik dan tak sedap je, tapi sekali cuba, nak tak henti-henti, haha ! Yee Mee yang mereka gunakan adalah berbeza daripada apa yang kita boleh cari kat restoran cina di luar sana dan saiz claypot yang mereka guna juga nampak kecial, tapi Yee Mee dia makan macam tak habis habis, sampai letih perut nak simpan, silap silap meletup pa perut tu, tapi yang tak best tu, Claypot Yee Mee ni masin, kalau boleh kurangkan garam, sedap sempurna !


RML Khas Dim Sum (5pcs: RM3.00 / 10pcs: RM5.00)

Benda hijau kuning ni, aik .. macam bendera Kedah lah pula (hijau/kuning) haha ! Pulon kedah pulon, pulon makan lah yah .. haha ! Benda ni lah yang mereka panggil Dim Sum, salah satu daripada  makanan cina yang terkenal yang selalunya di makan dengan teh cina panas, sooodap ! Dim Sum ni ada dua jenis, yang kami makan tu diperbuat daripada udang dan satu lagi rasa macam ikan. Kedua-dua rasa sedap.

Carrot Susu RM3.50

Cincau RM2.00

Tembikai RM3.50

Orange RM3.50

Minuman di sini rasanya agak tawar sikit, mugkin air masuk banyak kot, hmm.. tapi boleh lah, layan ! Secara keseluruhan, masih boleh diterima.


Sekarang soalan yang paling penting, bagaimana untuk pergi tempat ni? haha! Senang je, tak payah risau hilang. Kalau anda menggunakan highway dari selatan ke utara, keluar kat tol Bertam / Kepala Batas PLUS. Selepas tu belok kiri di lampu isyarat pertama kemudian memandu terus sehingga lampu isyarat kedua kemudian belok kanan. Di sana anda akan nampak sebuah bank dan Restaurant Secret Recipe kat bahagian kiri. Buat U-Turn kat simpang pertama. Selepas anda buat U-Turn, Restaurant Secret Recipe kini berada di sebelah kanan anda, pastikan anda pandu terus, kalau jalan belok pun kena ikut belok lah, haha ... Semasa memandu anda akan nampak jalan utama di sebelah kiri dan McDonalds di sebelah kanan anda. Belok kanan di hadapan Kedai Tudung Fareeda dan anda akan nampak Restoran Mohamed Long di sebelah kiri anda. Restoran Mohamed Long tu sebaris dengan Kedai Tudung Fareeda.

Rating :
Food : 7/10
Environment : 6/10
Service : 8/10
Hygiene : 7/10
Price : 6/10

Address :
No 7 Jalan Dagangan 9,
Pusat Bandar Bertam Perdana
Kepala Batas, Penang

GPS Coordinate :
5.517325, 100.450641

Operating Hour :
Saturday - Thursday : 11.30am - 11.00pm
Rest Hour : 3.00pm - 5.00pm
Close : Friday

Phone :
04-5770005
012-5456049

Posted Date : 06 July 2015
Posted Time : 10.00 pm

1 comment:

  1. Great post I would like to thank you for the efforts you have made in writing this interesting and knowledgeable article. Mazafati

    ReplyDelete